Apple Buka Gedung Dalam Talian Rasmi Di Lazada

Lazada kini selangkah ke hadapan dimana platform beli-belah dalam talian ini sudah menjadi pengedar sah barangan rasmi Apple untuk rantau Asia Tenggara.

Bermula Isnin hadapan, 11 Disember 2017, Apple bakal mempunyai gedung dalam talian mereka sendiri pada laman e-Dagang terbabit.

Dengan pembukaan gedung dalam talian rasmi itu, Apple akan menawarkan pelbagai jenis produk dari telefon, komputer sehinggalah kepada aksesori yang lain.



Nampaknya selepas ini peminat Apple berpeluang mendapatkan produk syarikat berkenaan dengan harga yang lebih rendah menerusi baucar Lazada. Sehari selepas pengenalan gedung dalam talian Apple, jualan dalam talian besar-besaran Online Revolution 12.12 turut akan bermula.

Untuk melihat senarai produk, anda boleh kunjungi ke Gedung Dalam Talian Apple.