Apple Bersetuju Memaklumkan Pengguna Jika Kemas Kini iOS Akan Datang Memperlahankan Prestasi Peranti

Selepas didesak, disiasat dan dinasihat, Apple akhirnya bersetuju...


Pada tahun lepas, Apple telah didapati dengan sengaja memperlahankan prestasi iPhone apabila setiap kali mereka melepaskan kemas kini terbaru bagi peranti iPhone.

Ia berikutan bateri iPhone yang semakin menurun keupayaannya dari tahun ke tahun yang menyebabkan Apple secara diam-diam telah memasukkan ciri memperlahankan prestasi peranti bagi membolehkan bateri peranti tersebut tahan lebih lama.

Walaubagaimanapun, ia tidak dipersetujui oleh pengguna mereka yang menyebabkan Apple berdepan dengan saman, disiasat dan perlu memberikan jawapan kepada beberapa kerajaan negara terhadap tindakan mereka itu.

Respon terhadap tindak balas pengguna, Apple telah menerangkan secara terperinci mengapa mereka berbuat demikian dan memasukkan ciri yang memaparkan status kesihatan bateri iPhone pengguna pada sistem iOS.

Kini selepas lebih setahun isu tersebut, Apple dilaporkan bersetuju memaklumkan pengguna mereka dengan jelas sekiranya kemaskini iOS yang dilepaskan itu akan memperlahankan prestasi iPhone pengguna.

Ia diumumkan oleh kerajaan United Kindom dalam laman sesawang rasmi mereka.

Since the CMA raised its concerns, Apple had already started to be more up front with iPhone users, but today’s announcement locks the firm into formal commitments always to notify people when issuing a planned software update if it is expected to materially change the impact of performance management on their phones.”

This could help people improve the performance of their own handset after a planned software update by, for example, changing settings, adopting the low power mode or replacing the battery - rather than resorting to having their phone repaired or replaced. "

Apple dikatakan telah bersetuju akan mengikuti kehendak dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak CMA  (Competition and Markets Authority) kerajaan U.K.

Tetapi sekiranya Apple didapati melanggar peraturan tersebut, CMA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan menerusi mahkamah terhadap Apple.

Sumber: CNBC