Masalah itu adalah berkaitan dengan proses penghasilannya di mana ia boleh menyebabkan peranti mengalami gejala seperti skrin beku, penghidupan semula berulang kali dan paling teruk, tidak boleh dihidupkan. Atas dasar tanggungjawab, Apple menawarkan proses gantian semula papan berkenaan secara percuma kepada pengguna.
Kredit : TrustedReviews
Menurut Apple, iPhone 8 yang mempunyai masalah tersebut dijual di antara bulan September 2017 hingga Mac 2018 diĀ Australia, China, Hong Kong, India, Jepun, Macau, New Zealand, dan U.S. Sekiranya anda memiliki peranti yang dibeli di negara berkenaan pada tempoh tersebut, anda mungkin layak untuk menikmati gantian semula percuma yang ditawarkan.
Untuk mengetahui sama ada peranti anda layak atau tidak, anda boleh semak di sini. Namun, perkara yang agak mengecewakan ialah gantian ini hantar boleh dilakukan di negara di mana peranti iPhone 8 itu dibeli. Ini bermakna, pengguna iPhone di Malaysia yang membeli iPhone 8 di negara yang dinyatakan di atas tidak akan dapat menggantikan logic board mereka di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, mereka yang terlibat boleh melayari laman sesawang program ini atau pergi ke mana-mana pengedar Apple yang sah berhampiran anda.
Sumber
Berkaitan
- Pengecasan Pantas iPhone Tidak Akan Dijual Secara Berasingan Tahun Ini
- 5 Produk Apple Yang Gagal Di Pasaran
- Samsung Sekali Lagi Terlihat Membuat Kiriman Twitter Menggunakan iPhone
- Markah Penanda Aras Antutu Bagi Snapdragon 855 Diperolehi, Jauh Tinggalkan Kirin 980
- Russia Minta Apple Bawa Keluar Aplikasi Telegram Daripada App Store
- Hasil Kajian Mobdata Di China Menunjukkan Pengguna Huawei Lebih Kaya Daripada iPhone
- Apple Patenkan Rekaan Lipat Bagi Peranti iPhone
- Qualcomm Beri Jaminan Sistem Cip Samsung Galaxy S10 Setanding Dengan iPhone 2018
- Apple Akan Keluar Dari China Jika Tarif 25% Dikenakan Kepada Mereka
- Spesifikasi Peranti Snapdragon 855 Redmi Didedahkan, Didakwa Bakal Jadi Yang Termurah