Apple Bakal Umum iPhone Terbaru 12 September Ini

Telefon pintar baru keluaran Apple dijangka akan dilancarkan dalam masa 2 minggu lagi berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh The Wall Street Journal.

Model yang mungkin diberi nama iPhone 8 itu bakal diumumkan disamping 2 lagi model bersempena dengan ulangtahun ke 10 iPhone dipasaran.

Pelancaran yang dijadualkan pada 12 September itu mungkin akan diadakan di Steve Jobs Theatre yang bertempat di Apple Park. Tetapi atas faktor kawasan kampus baru itu masih dalam fasa akhir pembinaan, terdapat kebarangkalian ia ditukarkan ke venue lain iaitu, auditorium Bill Graham Civic di San Francisco.



Selain daripada iPhone, syarikat juga dilaporkan akan memperkenalkan Apple Watch 3, Apple TV dan pengumuman tarikh penawaran iOS 11, MacOS High Sierra, Watch OS 4, dan TvOS 11.

Sumber: Wall Street Journal via Pocket-lint