Apple Bakal Memperkenalkan 3 Model Baru MacBook Jun Ini

Apple Inc sedang bercadang untuk mengumumkan Macbook 2017 Jun ini di WWDC. Langkah yang bakal diambil ini sangat jelas, untuk bersaing dengan Microsoft Corp dan juga memperbaiki kutipan jualan iPad.

Apple bercadang untuk memperkenalkan 3 jenis model MacBook. MacBook Pro tahun ini akan dimuatkan dengan pemprosesan Kaby Lake yang lebih laju dari Intel Corp. Menurut sumber juga, Apple mungkin akan mengetengahkan MacBook Pro 12-inci dengan cip Intel yang lebih gempak. Manakala MacBook Air juga akan dinaik taraf dengan prestasi yang lebih tinggi.

Barisan MacBook hanya menjana 11% daripada $216 billion jualan tahunan untuk 2016, manakala jualan iPhone pula merangkumi 2/3 daripada hasil jualan Apple.

Seminggu yang lepas Microsoft telah melancarkan Surface Laptop, lebih laju, rekaan yang cantik, ciri skrin sentuh dan dijalankan dengan sistem operasi baru yang lebih stabil, Windows 10S. Jadi langkah yang diambil Apple untuk membawakan model baru MacBook merupakan langkah yang tepat pada masa yang tepat.

MacBook untuk tahun 2017 mungkin akan memperlihatkan rekaan yang hampir sama seperti sebelum ini, dengan beberapa penambahbaikkan perkakasan dalamannya sahaja. Menurut Bloomberg, Apple juga sedang membina cip ARM untuk mengendalikan low-power mode MacBook Pro.

Ada lagi satu khabar angin yang mengatakan Apple juga bakal memperkenalkan peranti berbentuk silinder yang dikatakan Siri Speaker. Dilihat pada gambar paten dibawah, ianya menyerupai ciri seperti Amazon Echo, Google Home etc.

Untitled

 

Sumber Sumber 2

 

Berkaitan