Apple Bakal Lancarkan iPhone 8 dan 8 Plus Versi Merah

Apple Inc dijangkan akan melancarkan satu lagi pilihan warna iaitu warna merah bagi peranti iPhone 8 dan 8 Plus seawal-awalnya hari ini. Menurut MacRumors, pelancaran warna baru ini adalah sebahagian daripada kerjasama pihak Apple Ince dengan sebuah organisasi yang berfokuskan kebajikan global, (RED). Untuk pengetahuan semua, (RED) adalah sebuah badan yang banyak bekerjasama dengan syarikat terkemuka bagi memberi lesen hak pengeluaran produk yang menggunakan jenama mereka, Product (RED) demi meningkatkan kesedaran sektor swasta terhadap masalah HIV/AIDS di benua Afrika.



Pada awalnya, Apple diberitakan akan mengeluarkan pilihan warna ini bagi model iPhone 8 dan iPhone X, namun pada memo yang dikeluarkan oleh pihak Virgin Mobile hanya menyebut berkenaan model iPhone 8 dan 8 Plus sahaja. Sebelum ini, Apple sudah menggunakan reka bentuk Product (RED) pada produk keluaran mereka iaitu iPod dan iPad sebelum yang terbaru, menggunakannya pada iPhone 7 tahun lepas. Menurut memo dari pihak Virgin Mobile itu lagi, reka bentuk terbaru ini akan berada dalam stok tersedia Apple bermula pada hari ini, 9 April dan sudah boleh mula dipra-pesan.



Selain itu, terdapat juga laporan yang menyebut model iPhone X versi warna emas akan dilancarkan dalam masa terdekat namun, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak Apple berkenaan perkara tersebut. Berkenaan dengan jualan bagi model keluaran dengan reka bentuk (RED) ini, sebahagian besar dari hasil jualan akan disumbangkan ke dalam tabung kebajikan bagi digunakan untuk program anjuran mereka. Bagi pihak Apple pula, projek ini dijangkan mampu untuk menaikkan jualan unit bagi iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

Sumber