Apple Bakal Lancar 3 Model Mirip Rekaan iPhone X Pada Tahun Hadapan

Hampir sebulan lebih sahaja lagi tirai 2017 bakal berlabuh, dan kini sudah mula kedengaran khabar angin mengenai peranti yang akan dikeluarkan tahun hadapan.

Antara desas-desus yang diperkatakan adalah tentang Apple yang mungkin akan keluar dengan 3 buah model baru bagi tahun 2018. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Ming-Chi Kuo, model-model tersebut tampil dengan rekaan mirip seperti iPhone X dengan sentuhan bingkai nipis serta "rongak" dibahagian atas.



Jika sebelum ini, iPhone X (5.8 inci) adalah telefon yang mempunyai skrin paling besar pernah dikeluarkan oleh Apple, namun berdasarkan dari imej diatas, 2 model tahun 2018 ditawarkan dengan skrin berukuran 6.5 inci dan 6.1 inci.

Versi 5.8 inci dan 6.5 inci dikatakkan bakal menggunapakai panel OLED sementara 6.1 inci hanya menggunakan panel LCD yang mana ia bakal dipasarkan sebagai peranti kelas permulaan dan dalam lingkungan harga $649-$749 (~RM2721.06 - ~RM3140.33)

Sumber: MacRumours