Apple Bakal Beri Ganjaran Pada Remaja Yang Temui Masalah Pepijat FaceTime

Penghujung Januari lalu, pengguna iOS dikejutkan dengan masalah yang melanda ciri panggilan berkumpulan FaceTime.

Lanjutan daripada itu, kemaskini telah ditawarkan oleh Apple bagi membaik pulih pepijat tersebut.

Masalah panggilan video dan audio FaceTime dapat dilihat sebelum panggilan tersebut dijawab telah ditemukan oleh  , Grant Thompson, 14 tahun, kira-kira dua minggu lalu.



 

Ibu remaja terbabit, Michele Thompson, menyatakan beliau beberapa kali cuba melaporkan permasalahan itu kepada syarikat pengeluar terbabit melalui emel dan media sosial.

Namun setelah berita pepijat itu mula tular dalam laman sosial, barulah Apple menghubungi beliau .

Oleh kerana itu, Apple dilapor bakal memberi ganjaran disamping sumbangan untuk pendidikan remaja terbabit. Nilai ganjaran tidak pula didedahkan.

Pada tahun 2016 yang lalu, Apple ada melancarkan program Bug Bounty pertama mereka yang menawarkan wang tunai bernilai $200,000 bagi pihak yang berjaya menembusi sistem operasi merek.

Sumber: Reuters via Engadget