Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple qualcomm saman

Apple Bakal Bangunkan Cip Baharu Untuk Komputer Mereka Di Dalam Israel

Diterbitkan Ogos 1, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 1, 2022 oleh ariff bukhari

Apple dilaporkan bakal menjadikan Jerusalem, Israel sebagai pusat bagi membangunkan cip-cip pemprosesan bagi model-model komputer Macintosh mereka pada masa depan.

Fasiliti baru di dalam Israel itu juga akan memfokuskan kepada pembangunan perkakasan lain sebagai sebahagian daripada pembangunan cip pemprosesan.

Ketika ini, Apple sudah pun menjalankan operasi fasiliti mereka bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan yang terletak Herzliya dan Haifa, Israel.

Ketua Presiden Kanan Teknologi Perkakasan di Apple yang berasal dari Israel bernama Johny Srouji adalah tokoh yang bertanggungjawab menetapkan pusat pembangunan itu di dalam Israel yang kini sudah memiliki sekitar 2,000 orang pekerja.

Apple mula mengembangkan fasiliti mereka di dalam Israel sejak 2011 dahulu yang memfokuskan reka bentuk, ujian dan kejuruteraan silikon dan semikonduktor.

Malah pasukan penyelidik dari Israel dilaporkan bertanggungjawab dalam pembangunan cip pemprosesan Apple M1.

Selain itu, Apple juga memaklumkan bulan lalu mereka sudah memiliki sekitar 60 pekerja di pusat pembangunan baru mereka yang berada di dalam Ramallah, Palestin.

Sumber: Globes, MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY