Apple Baik Pulih Isu Storan Dan Paparan Menerusi Kemas Kini Terbaru iOS 13.6.1

Bulan lalu, Apple telah menambahkan beberapa fungsi baharu termasuk sokongan kunci kereta digital dalam kemas kini iOS. Kini, Apple telah melepaskan kemas kini terbaru iOS 13.6.1 kepada pengguna peranti iOS.

kemaskini ios 13.6.1

Kemas kini iOS 13.6.1 adalah bagi memperbetulkan isu dimana fail data sistem yang tidak diperlukan mungkin tidak dihapus secara automatik ketika storan yang tersedia berada pada tahap rendah.

Berikut adalah kandungan penuh kemas kini iOS 13.6.1 seperti yang dinyatakan Apple:

  • Addresses an issue where unneeded system data files might not be automatically deleted when available storage is low

  • Fixes a thermal management issue that caused some displays to exhibit a green tint

  • Fixes an issue where Exposure Notifications could be disabled for some users


iOS 13.6.1 juga dijangka adalah kemas kini terakhir bagi sistem operasi iOS 13 sebelum Apple menaiktaraf kepada iOS 14. Ia dijangka akan dilancarkan pada musim luruh ini.

Sumber: MacRumors