Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Arcade: Tiga Bulan Langganan Percuma Bagi Pembelian Peranti Selepas 22 Oktober

Apple Arcade: Tiga Bulan Langganan Percuma Bagi Pembelian Peranti Selepas 22 Oktober

Diterbitkan Oktober 16, 2020 oleh Amsyar Latif

Apple baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan berikan langganan Apple Arcade selama 3 bulan secara percuma.

Apple Arcade: Tiga Bulan Langganan Percuma Bagi Pembelian Peranti Selepas 22 Oktober

Bagi sesiapa sahaja yang membeli sebarang peranti seperti iPhone, iPad, iPod Touch, Mac atau Apple TV selepas daripada 22 Oktober 2020 akan menerimanya.

Apple menawarkan lebih daripada 100 permainan mudah alih dan tiada sebarang pembelian dalam permainan perlu dilakukan. Pengguna hanya perlu melanggan bagi memainkannya.

Pengumuman ini dilakukan selepas iPhone 12 dilancarkan bersama-sama pengumuman permainan mudah alih League of Legends: Wild Rift.

Apple Arcade ditawarkan pada harga RM 19.90 sebulan. Namun, anda boleh menunggu sedikit sahaja lagi kerana Apple menawarkan ini dalam bentuk bundle kelak.

Bundle ini dinamakan Apple One yang hanya bernilai RM 19.90 sebulan dengan tawaran Apple – Music, TV+, Arcade dan iCloud (50GB).

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY