Apple Arcade Kini Menambah Pilihan Bayaran Secara Tahunan

Apple Arcade telah pun dilancarkan pada bulan Mac lalu dengan langganan bulanan RM19.90. Namun kini terdapat pilihan untuk langganan setahun pada harga yang lebih rendah - RM199.90. Harga ini adalah bersamaan dengan harga untuk langganan 10 bulan.

Untuk langganan setahun ini, jika anda belum menggunakan servis ini, ia akan memberi anda 2 bulan percubaan - 1 bulan percubaan jika pada langganan secara bulanan.

Anda boleh menukar langganan pada Settings -> Subscriptions jika mahu mengubah tempoh langganan kepada setahun pula.

Apple Arcade menawarkan hingga lebih dari 100 permainan pada iOS, Apple TV, dan macOS tanpa gangguan iklan serta belian dalam permainan. Melalui fungsi Family Sharing, pengguna juga boleh berkongsi sehingga 6 orang di bawah satu langganan yang sama.