Apple Akan Menawarkan (PRODUCT)RED Untuk Apple Watch Series 5

Mungkin dalam tahun 2020.


Apple dilaporkan berpotensi akan menawarkan versi (PRODUCT)RED bagi model Apple Watch Series 5 kepada pengguna dalam tahun 2020 nanti. Ia pertama kali dilaporkan oleh penerbitan dari Perancis, WatchGeneration berdasarkan penemuan dari pangkalan data Apple.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas laporan tersebut, data tersebut telah dibuang dari pangkalan data itu.

Tetapi ia tidak mengejutkan kerana Apple sebelum ini pernah menawarkan versi (PRODUCT)RED bagi model Apple Watch Sport Loop pada tahun 2018 dahulu.

Versi (PRODUCT)RED Apple Watch Series 5 itu juga dijangka akan menggunakan warna yang sama dengan warna merah versi (PRODUCT)RED iPod touch yang ditawarkan pada pertengahan 2019 lalu.

Apple sebelum ini telah mengumumkan bahawa menerusi (PRODUCT)RED, mereka telah mendermakan sebanyak USD220 juta sepanjang kerjasama dengan RED sejak dari 2006 dahulu.

Sekaligus menjadikan Apple sebagai penyumbang dana terbesar kepada organisasi yang bertanggungjawab meningkatkan kesedaran dan melawan penyakit HIV/AIDS di negara Afrika.

Sumber: Apple Insider