iOS 13 dijangka akan dilepaskan kepada pengguna peranti iOS pada September nanti.
Sempena sambutan Hari Emoji Sedunia, Apple telah perlihatkan lebih awal rekaan emoji terbaru yang akan hadir pada versi iOS 13 nanti. Berasaskan Unicode 12, Apple membawakan 59 rekaan emoji baru dengan 75 daripadanya adalah variasi jantina.
Menjadikan jumlah keseluruhan emoji baru yang akn dimuatkan ke dalam iOS 13 nanti adalah sebanyak 230 buah emoji termasuklah variasi jantina dan warna kulit yang tawarkan.
Selain rekaan emoji berbentuk objek seperti yo-yo, layang-layang, alat muzik banjo, payung terjun dan baju keselamatan. Apple turut memuatkan rekaan emoji bagi meraikan orang kurang upaya dengan menawarkan rekaan seperti emoji alat bantu dengar, kaki palsu, orang berkerusi roda dan isyarat tangan.
Kesemua rekaan emoji baru ini bakal dimuatkan bersama versi iOS 13 yang dijangka akan dilepaskan kepada kesemua pengguna peranti iOS dalam bulan September nanti. Buat masa ini hanya versi pembangun iOS 13 ditawarkan kepada pembangun yang berdaftar dengan Apple dan versi beta untuk pengguna awam yang berdaftar dengan Apple Beta Software Program.
Berkaitan
- Terdapat Aduan Beberapa Aplikasi Untuk iOS Menyasarkan Aktiviti Seksual Kanak-Kanak
- Kini Lebih Ramai Pengguna Samsung Mula Terima Naik Taraf Android 13 Dengan One UI 5
- Pengguna Android 13 Mula Terima Kemas Kini Bagi Bulan November
- Ini Senarai Papan Litar BIOSTAR Yang Tersedia Menyokong Windows 11
- AMD Lepaskan Kemas Kini BIOS Tangani Isu Cip Pemprosesan "Burnout"
- Microsoft Diam-Diam Menamakan Semula Pelayar Edge Untuk Android Dan iOS
- Apple Membelanjakan Sebanyak USD13 Bilion Untuk Penyelidikan & Pembangunan Produk
- Kemas Kini iOS 13.1 Untuk Pengguna iPhone dan iPod touch serta iPadOS Untuk Pengguna iPad
- Cip Pemprosesan Apple A13 Bionic Jauh Mengatasi Prestasi Snapdragon 855+
- WhatsApp Perkenal Sejumlah 21 Emoji Baru