Langkah yang diambil Apple ini adalah bertujuan untuk memastikan masa membaik pulih skrin retak iPhone disingkatkan.
Modus operandi memasang mesin ini telah dijalankan selama setahun dengan beberapa syarikat yang mengambil bahagian memasang mesin tersebut di kedai mereka. Antara nama besar adalah seperti Best Buy di Miami dan Sunnyvale di California.
Mengikut Apple, hanya mesin Horizon yang mampu memperbaiki kerosakan seperti teknologi 3D Touch dan butang Home. Tetapi jika dilihat di Malaysia sekalipun, sudah banyak kedai membaik pulih yang sudah berkemampuan untuk memperbaiki skrin iPhone yang rosak.
Cuma mesin Horizon ini merupakan mesin 'official' yang dibawakan oleh Apple untuk memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pengguna iPhone.
Apple mendakwa akan membawakan mesin Horizon ini ke 200 cawangan Apple dan 4,800 kedai servis di seluruh dunia dalam bulan mendatang termasuklah di Colombia, Norway dan Korea Selatan, dimana negara yang disenaraikan ini tidak mempunyai cawangan Apple di negara mereka. Malaysia tak tahu lagi bila.
Sumber
Berkaitan
- Rekaan iPhone 7 Dikhabarkan Tidak Mempunyai Butang Home.
- iPhone 2019 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Pengecasan Pantas 18W Dari Dalam Kotak
- CES 2017: Project Valerie - Razer Hadir Dengan Komputer Riba Skrin Berkembar Tiga
- Kajian CIRP Buktikan iPhone XR Berjaya Tarik Pengguna Android Kepada iPhone
- Apple Mohon Maaf Masalah Pepijat FaceTime, Berjanji Akan Selesaikannya Minggu Hadapan
- Kapasiti Bateri Bagi iPhone Keluaran 2018 Terdedah, Model XR Lebih Besar Berbanding XS
- Honor Pula Acahkan Pelancaran Peranti Dengan Rekaan Lubang Kecil Pada Skrin
- Huawei Mungkin Lancarkan Peranti Dengan Skrin Meluncur, Dwi-Kamera Hadapan
- Google Akan Bayar Hampir RM 50 Bilion Untuk Terus Menjadi Enjin Carian Utama Peranti Apple
- Samsung Mungkin Guna Skrin Lengkung Sepenuhnya Untuk Galaxy S8