Apple Akan Keluar Dari China Jika Tarif 25% Dikenakan Kepada Mereka

Seperti yang kita tahu, Amerika Syarikat dan China kini sedang menghadapi krisis perdagangan yang kian meruncing. Bagaimanapun, syarikat gergasi Amerika, Apple kini masih bebas menghasilkan produk iPhone mereka di negara tembok besar tersebut tanpa sebarang tarif.

Akan tetapi, beberapa minggu lepas, Presiden Trump telah memberi amaran kepada pihak Apple bahawa kerajaan AS mungkin akan mengenakan tarif sebanyak 10% atau 25% kepada mereka kelak.

Kapsyen: Gambar hiasan (CNN)


Pihak Apple dikatakan bersedia untuk kekal di China jika tarif 10% dikenakan kepada import barangan teknologi. Namun, sekiranya tarif 25% dikenakan, berkemungkinan besar mereka akan keluar dari China dan mencari negara lain untuk menghasilkan produk mereka.

Buat masa ini, Apple sudah pun memiliki beberapa pusat pemasangan produk di India. Walaubagaimanapun, mereka dilihat lebih cenderung untuk kekal di China buat masa sekarang.

 

Sumber: 9to5Mac