Apple Kini Turut Menyumbang 20 Juta Topeng Muka Di Seluruh Dunia

Sudah tiba masanya syarikat teknologi seperti Apple pun membantu komuniti dalam ke arah membendung wabak Covid-19. Melalui video yang dimuat naik oleh CEO Apple, Tim Cook, Apple sedang mereka dan menghasilkan pelindung muka untuk pekerja perubatan.

Syarikat itu menyasarkan untuk menghasilkan sebanyak 1 juta unit pelindung muka setiap minggu. Beliau berkata pelindung muka tersebut boleh dibungkus sebanyak 100 unit dalam satu kotak dan boleh disiapkan dalam masa 2 minit sahaja.

https://twitter.com/tim_cook/status/1246916489589837824?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cnbc.com%2F2020%2F04%2F05%2Fapple-will-produce-1-million-face-shields-per-week-for-medical-workers.html

Penghantaran pertama pelindung muka tersebut telah diberikan kepada hospital Kaiser di Santa Clara Valley dalam waktu minggu ini dan menerima maklum balas yang sangat positif.

Dalam video tersebut juga, Tim Cook turut menyatakan bahawa Apple telah menderma sejumlah 20 juta unit topeng N95 kepada organisasi yang memerlukan. Para barisan hadapan lebih-lebih lagi doktor dan jururawat sangat-sangat memerlukan perkakas perlindungan seperti topeng muka.

Kekurangan peralatan seperti ini lebih merisikokan mereka kepada jangkitan Covid-19. Dengan bantuan syarikat teknologi gergasi Apple, sudah semestinya ia sangat-sangat dihargai disebabkan dana dan bantuan yang diberikan kebiasannya adalah dalam skala yang besar.

Sumber: CNBC

Berkaitan