Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Akan Guna iPhone Jailbreak Dalam Program Penyelidikan Keselamatan Peranti

Apple Akan Guna iPhone Jailbreak Dalam Program Penyelidikan Keselamatan Peranti

Diterbitkan Disember 23, 2020 oleh Amsyar Latif

Bagi pengguna iOS, pasti anda sentiasa dijadikan bahan ketawa kerana iOS tidak memberikan kebebasan dalam menggunakan sistem operasi mereka.

Oleh itu, pada era iOS 6 sehinggalah iOS 10, banyak pengguna yang melakukan jailbreak pada iPhone mereka bagi menikmati ciri yang hadir pada peranti lain dan tidak ada pada iPhone. Malah, komuniti jailbreak juga boleh dikatakan sangat aktif berbanding pada masa kini.

ios jailbreak

Terbaru, Apple dikatakan akan menghantar iPhone yang sudah di jailbreak kepada peserta yang menyertai program Penyelidikan Keselamatan Peranti (SRD).

Sesuai dengan nama program itu, ia adalah bertujuan untuk memudahkan penyelidikan keselamatan iOS.

Program ini sudah diumumkan pada Ogos 2019 dan Apple akhirnya menerima permohonan ini pada Julai 2020.

ios jailbreak 2

Menurut Macrumors, peranti-peranti ini sudah diberikan kepada penyelidik terawal dimana iPhone ini dipinjamkan selama setahun.

Kesemua penyelidik tersebut juga dibenarkan untuk melakukan apa-apa sahaja dalam mengenal pasti kelemahan yang terdapat pada iOS termasuk sebarang pepijat.

Tambahan lagi, mereka juga mendapat akses secara terus dengan jurutera Apple dalam melaporkan sebarang penemuan baharu.

Apple Akan Guna iPhone Jailbreak Dalam Program Penyelidikan Keselamatan Peranti

Selain itu, program ini turut dijalankan bersama program Bug Bounty dimana penyelidik yang menemui kelemahan dalam iOS akan menerima bayaran sehingga AS$1.5 juta.

Melalui program yang dijalankan Apple, mungkin kita akan menerima iOS yang lebih selamat dan stabil pada masa akan datang serta dapat memberikan kepercayaan kepada pengguna.

Sumber: appleinsider, macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY