Apple Akan Ganti AirPods Pro Yang Mengalami Masalah Bunyi Secara Percuma

Hari ini genap setahun sejak Apple AirPods Pro dilancarkan dan pada waktu yang sama juga Apple umum program gantian secara percuma buat fon telinga ini jika pengguna menghadapi masalah bunyi.



Masalah bunyi ini adalah melibatkan ciri pembatalan hingar aktif yang tidak berfungsi dengan baik.

Masalah lain turut terjadi seperti suara retak atau statik ketika persekitaran yang bising atau semasa bercakap di telefon.

Apple menyatakan hanya sebilangan kecil pengguna AirPods Pro terjejas terutama yang dikeluarkan sebelum Oktober 2020.

Mereka menjanjikan untuk berikan gantian percuma kepada pengguna sama ada ia melibatkan fon telinga sebelah kiri, kanan atau kedua-duanya.

Sekiranya anda menghadapi masalah ini, anda boleh pergi ke pusat khidmat Apple terdekat. AirPods Pro anda akan disemak terlebih dahulu sebelum pengesahan dibuat serta akan dapat unit yang baru.

Sumber: Apple