Apple AirPods Studio Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Khabar angin mengenai AirPods Studio telah beberapa kali hadir dan terbaru, pelancarannya mungkin diadakan tidak lama lagi. Pengumumannya mungkin dilakukan pada acara Worldwide Developer Conference yang akan berlangsung sekitar penghujung Jun hadapan.

Bakal menemani penawaran sedia ada seperti AirPods 2 dan AirPods, rekaannya lebih berbeza kerana ia merupakan sebuah fon kepala yang hadir dengan beberapa ciri.

Antara yang disebut-sebut adalah ciri pembatalan hingar, tetapan penyama (equalizer) yang boleh dikawal melalui peranti iOS atau Mac, Transparency Mode yang membenarkan pengguna mendengar sekeliling tanpa menanggalkan fon kepala serta dan lain-lain lagi.

Desas-desus juga ada menyatakan Apple mungkin menampilkan dua rekaan AirPods Studio yakni versi premium serta versi riadah yang diperbuat daripada bahan lebih ringan.

Ramalan harga untuk AirPods Studio adalah $349, kira-kira ~RM1523 mengikut tukaran matawang semasa.

Berkaitan