Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirDrop keselamatan

Apple AirDrop Ada Kelemahan, 1.5 Bilion Pengguna Dalam Bahaya

Diterbitkan April 26, 2021 oleh Amsyar Latif

Bagi pengguna Apple terutama yang melengkapkan ekosistem mereka, AirDrop merupakan salah satu ciri yang amat digemari.

Ini kerana, penghantaran gambar, video mahupun fail daripada mana-mana peranti Apple boleh dilakukan dengan pantas.

Walaupun begitu, penyelidik daripada Technical University of Darmstadt (TUD), Jerman melaporkan bahawa sistem AirDrop mempunyai masalah privasi pada tahun 2019.

Dikatakan, 1.5 bilion pengguna Apple terdedah dengan kerentanan yang terdapat pada AirDrop. Selain itu, mereka telah memberitahu Apple akan perkara ini pada 2 tahun yang lalu tetapi pihak Apple masih berdiam dan tidak membuat tindakan lanjut.

AirDrop Crack TUD
Sumber: TUD

Berhubung dengan kerentanan itu, TUD menyatakan penggodam boleh menyerang pengguna AirDrop dengan hanya menggunakan WiFi dan berada dekat dengan lokasi mangsa.

Tambahan lagi, kerentanan tersebut turut boleh menyebabkan alamat e-mel dan nombor telefon pengguna mudah dicuri oleh penggodam.

Oleh itu, jika anda seorang yang sentiasa mengaktifkan AirDrop sepanjang masa terutama di tempat awam, anda dinasihatkan untuk mematikan fungsi tersebut sekiranya tidak menggunakan AirDrop.

Sumber: TUD via HotHardware

Foto utama: medium

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY