Apple kini dilaporkan sedang mengalami masalah pada perkhidmatan digital App Store. Sehingga artikel ini ditulis, isu tersebut masih dalam siasatan dan status mengenainya akan dikemaskini apabila lebih banyak maklumat tersedia.

Dalam pada itu, Apple menyatakan beberapa pengguna akan terkesan dengan masalah ini. Menerusi tinjauan di Twitter, antara masalah yang dihadapi oleh pengguna termasuk gagal untuk memuat turun aplikasi, sementara kemaskini aplikasi berfungsi seperti biasa.

Bagaimanapun, penulis tidak mengalami sebarang masalah dengan isu yang terjadi pada App Store ketika ini.

IKLAN

Adakah anda juga mengalami masalah pada App Store? Tinggalkan komen anda.

Sumber: Apple