Aplikasi YouTube Music Dikemaskini Dengan Lagu Dan Album Luar Talian

Aplikasi YouTube Music telah menerima kemaskini dan telah mendapat fungsi baru khususnya pengguna YouTube Red.

Pengguna YouTube Red sekarang boleh memainkan sebarang senarai main, lagu dan album di luar talian seterusnya dapat menjimatkan data dan di mana tiada sambungan Wi-Fi.

Kemaskini ini dapat didapati untuk pengguna Android dan iOS.

YouTube Music merupakan sebuah aplikasi yang membawakan anda kandungan video di YouTube manakala YouTube Red pula adalah pilihan yang lebih premium dan berbayar.



Bezanya cuma adalah pengguna YouTube Red tidak perlu melihat video pengiklanan dan boleh memainkan video dengan skrin telefon pintar dipadamkan.

Langganan YouTube Red bermula dengan harga RM 50/sebulan

Sumber