Aplikasi YouTube Go Membenarkan Pengguna Memuat Turun Video Untuk Tontonan Secara Offline

Google baru sahaja melancarkan aplikasi YouTube Go untuk kawasan yang mempunyai sambungan internet yang lembab. Aplikasi yang masih berada dalam bentuk beta ini bakal memiliki wajah yang sama dengan aplikasi Youtube di Android tetapi sedikit berlainan kerana YouTube Go menawarkan pengguna dengan pilihan untuk memuat-turun sesebuah video untuk tontonan secara offline.

aa-youtube-go-app-screen

YouTube Go membenarkan pengguna memuat-turun video dengan hanya pada 144p dan 360p. Tiada kualiti HD yang ditawarkan. Ini kerana YouTube Go hanya menumpukan kepada golongan pengguna dengan bandwith yang rendah.

Anda boleh ke link yang dipautkan di bawah untuk mencuba sendiri YouTube Go beta.

YouTube Go
Sumber