Aplikasi WeddingMate Mudahkan Pasangan Dan Vendor Perkahwinan Berhubung

WeddingMate Malaysia merupakan satu platform dan aplikasi perkahwinan pertama di Malaysia yang menyediakan direktori vendor perkahwinan dan tawaran untuk semua kaum.

Ia adalah bertujuan untuk membantu industri perkahwinan di Malaysia dan memudahkan pasangan yang merancang untuk berkahwin serta memberi peluang perniagaan kepada semua vendor perkahwinan.

Dalam aplikasi ini, terdapat lebih daripada 7000 vendor perkahwinan di seluruh Malaysia dan ia juga terdiri daripada peniaga kecil sehinggalah peniaga hotel bertaraf 5 bintang.

Ciri menarik yang terdapat dalam aplikasi ini adalah pengguna dapat melakukan pencarian atau maklumat tentang vendor dengan mudah serta menjimatkan masa kerana sistem navigasi WeddingMate disusun mengikut kategori atau lokasi pengguna.

Aplikasi WeddingMate kini tersedia di Appstore dan Playstore. Bersempena pelancarannya juga, WeddingMate menjemput semua peniaga dalam industri perkahwinan untuk mendaftar WeddingMate secara percuma (untuk masa terhad) atau melanggan pelan serendah RM 1 sehari untuk dapat lebih banyak ciri dan faedah.