Aplikasi Web AutoDraw Dari Google Ini Membantu Anda Melukis Dengan Mudah

Kini semua orang melukis dengan aplikasi web dari Google, AutoDraw. Aplikasi ini memudahkan pengguna melukis objek walaupun tidak pandai melukis.

Pengguna hanya perlu melukis bentuk petak, dan aplikasi ini akan memberikan cadangan objek yang ingin dilukis seperti kek, meja, peti ais dan objek lain yang mempunyai bentuk petak.

Lihat video penerangan dibawah untuk memahami apa yang saya perkatakan. Rekaan muka depan dan UI yang mesra pengguna. Mudah dan ringkas.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=VwRbvVrUXTc[/embed]

Sila layari https://www.autodraw.com/ untuk mencuba sendiri aplikasi baru ini. Semoga terhibur.