Aplikasi Video 6 Saat Vine Kembali Sebagai Vine Camera

Seperti yang telah kita maklum, tahun lepas Twitter telah mengumumkan aplikasi video pendek Vine telah dipadamkan. Rata-rata selebriti yang meningkat naik nama melalui pentas Vine juga telah memuat naik video 'Goodbye' kepada Vine sebagai tanda penghormatan di atas pemergian Vine. Kebanyakkan mereka berpindah menghasilkan video dengan menggunakan platform Instagram atau Youtube.

Kini aplikasi video pendek kegemaran ramai ini kembali ke dunia laman sosial dengan nama baru, Vine Kamera. Aplikasi ini telah sedia dimuat turun ke peranti iOS dan Android.

Untitled

Dengan Vine Kamera, anda boleh merakam video pendek selama 6 saat dengan antara-muka baru dengan alat yang sama seperti aplikasi sebelum ini. Perbezaan dengan sebelum ini adalah anda tidak boleh berkongsi video anda ke Facebook dan Instagram lagi. Anda cuma boleh berkongsi ke laman Twitter sahaja.

Anda boleh memuat turun atau boleh mengemas kini aplikasi Vine lama yang sedia ada.

Sumber: GSM Arena, Google Play, Gadget 360