Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Untuk Panggilan Murah Dalam & Luar Negara Tanpa Simkad

Aplikasi Untuk Panggilan Murah Dalam & Luar Negara Tanpa Simkad

Diterbitkan September 14, 2017 ยท Dikemas kini September 14, 2017 oleh Tips Gajet

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini kami ingin kongsikan kepada anda satu aplikasi yang sangat menarik, yang mana aplikasi tersebut memberikan anda kadar panggilan dan sms yang sangat murah kepada penggunanya.

Kadar panggilan tetap yang ditawarkan sangat rendah iaitu 10sen/minit untuk panggilan tempatan mahupun panggilan dari luar negara, hebat bukan?. Apa yang lebih menarik lagi, aplikasi ini datang dengan nombor telefon sama seperti Telco yang lain dan tiada kad sim yang diperlukan.

Kepada anda yang ingin membuka dua akaun whatsapp, aplikasi ini juga sangat membantu memandangkan ianya hadir dengan nombor telefon, maka nombor tersebut boleh dijadikan sebagai nombor whatsap. Dengan kata lain, anda tidak perlu beli simkad baru semata-mata ingin membuka satu lagi akaun whatsapp.

Walaupun setiap panggilan yang dibuat memerlukan sambungan internet sebagai medium, konsepnya tidak sama seperti aplikasi sosial yang lain. Ini kerana panggilan tersebut boleh dibuat kepada kesemua Telco yang ada di Malaysia termasuk telefon rumah dan pejabat walaupun anda berada di luar negara.

Aplikasi hebat yang kami maksudkan ini ialah Voopee, yang mana anda boleh dapatkannya melalui Playstore ataupun Appstore

Aplikasi Untuk Panggilan Murah Dalam & Luar Negara Tanpa Simkad

Langkah-langkah pemasangan aplikasi ini sangat mudah, ianya boleh terus diguna sebaik sahaja di pasang dalam peranti pintar anda. Sebanyak RM2.00 akan diberikan secara percuma sebagai percubaan selepas memasang aplikasi ini.

WhatsApp Image 2017-09-14 at 21.47.20

Info akaun anda sebaik sahaja aplikasi ini siap dipasang. di gambar ada tertera nombor telefon yang akan digunakan aplikasi ini.

Pembelian kupon tambah nilai aplikasi Voopee ini boleh didapati di kedai 7 Eleven.

Aplikasi Untuk Panggilan Murah Dalam & Luar Negara Tanpa Simkad

Kadar panggilan dan SMS dalam dan luar negara.

 

Apa tunggu lagi, cepat dapatkan aplikasi ini daripada Playstore. Itu sahaja perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress