Aplikasi Uber Yang Baru Lebih Pantas

Tampil dengan logo baru, Uber dilihat berusaha keras untuk menambah baik servis mereka terutama sekali masalah kelewatan mengambil penumpang. Kemaskini aplikasi yang baru bakal mengubah perkhidmatan itu menjadikan ia lebih pantas digunakan.


Beberapa ciri baru akan diperkenalkan seperti jadual perjalanan, tambang tetap, dan opsyen perjalanan-pelbagai. Masa merupakan perkara paling penting dalam kehidupan seharian dimana semua orang mahu bergerak secara pantas. Dan jikalau dilihat, aplikasi Uber sekarang tidak mampu untuk menyelesaikan perkara itu. Oleh itu, syarikat berkenaan akan mengeluarkan kemaskini yang memberikan manfaat untuk pemandu dan juga penumpang.


Kini cara penggunaan telah dipertingkatkan dengan baik sekali. Buat masa sekarang, apa yang perlu anda lakukan adalah pin lokasi semasa, pilih jenis kenderaan dan tidak perlu menunggu lama untuk menaiki kenderaan. Dipendekkan cerita, perkara pertama yang diminta oleh aplikasi baru Uber adalah, "Kemana anda mahu pergi?".


161103-uber-where-to-2


Ia juga merupakan aplikasi yang pintar dimana ia akan memberi cadangan lokasi berdasarkan perjalanan terdahulu. Akan datang ia akan  berintegrasi kalendar dan memastikan temujanji anda yang seterusnya berjalan lancar. Jika anda mahu berjumpa dengan rakan, anda boleh meletakkan 'contact' sebagai destinasi. Sistem akan meminta kebenaran rakan anda, setelah mendapat kebenaran Uber akan menghantar anda ke lokasi semasa rakan anda.


161103-uber-where-to-3


Aplikasi terdahulu memerlukan anda memilih antara UberX, UberXL dan UberBlack sebelum menekan butang permintaan. Kadang-kala anda tidak mengetahui pilihan yang terbaik dari segi masa perjalanan dan juga tambang. Dengan pembaharuan yang baru ini, aplikasi akan memaparkan tambang serta anggaran masa untuk tiba ke destinasi. Walaubagaimanapun, buat masa sekarang fungsi ini hanya terdapat untuk UberX saja.


161103-uber-where-to-4


Semasa dalam perjalanan, aplikasi baru Uber akan cuba membantu anda dalam pelbagai perkara. Sebagai contoh, bagi sesetengah negara yang menyediakan fungsi UberEats, anda boleh menempah makanan dn ia akan dihantar sejurus anda sampai ke destinasi. Uber juga akan memberi informasi tambahan seperti jadual bas dan juga tren.


Aplikasi Uber yang baru masih mengekalkan ciri yang sama dari segi perkongsian tambang, menghantar status perjalanan dan anggaran waktu tiba ke destinasi. Walaubagaimanapun, dari segi komunikasi Uber masih bergantung kepada panggilan suara dan sistem pesanan ringkas.


Aplikasi Uber ini bakal menemui pengguna tidak lama lagi secara berperingkat. Ia akan menyokong platform iOS dan Android. Untuk keterangan lebih lanjut boleh, anda boleh layari laman rasmi aplikasi (Uber).