Aplikasi TikTok Disekat Di India, Tidak Lagi Boleh Dimuat Turun

Selepas mengharamkan permainan PUBG di beberapa buah negeri, kerajaan India menyekat pula muat turun baharu bagi aplikasi video terkenal, TikTok.

Keputusan itu diambil oleh pihak mahkamah selepas mendapat laporan mengenai kandungan tidak sepatutnya  pada platform berkenaan.

Kapsyen: Junkee


Kerajaan India dengan itu telah meminta pihak Google dan Apple untuk membawa keluar aplikasi tersebut daripada gedung aplikasi masing-masing untuk pasaran negara berkenaan serta-merta.

Aplikasi itu sangat popular di India. Buktinya, sehingga kini TikTok telah mencatatkan lebih daripada 240 juta muat turun di negara berkenaan.

Bagaimanapun, mahkamah memberi peluang kepada pembangun TikTok, Bytedance untuk mengemukan rayuan bertulis sehingga 24 April ini.

Sumber: NDTV