Aplikasi Telegram Kini Menyokong Lebih Dari Satu Akaun Nombor Telefon

Walaupun tidak sepopular WhatsApp, Telegram sebenarnya mempunyai ramai pengguna di dalam negara kerana menawarkan ciri-ciri yang menarik.

Kini menambah dalam senarai ciri menarik bagi platform pemesejan segera itu, adalah sokongan kepada akaun pelbagai yang terkandung dalam kemaskini Telegram 4.6. Pengguna Telegram yang mempunyai lebih dari satu nombor telefon tidak perlu lagi bersusah payah menggunakan aplikasi pendua yang lain.

Menerusinya, pengguna mampu bertukar-tukar akaun nombor telefon dalam aplikasi utama sahaja. Pengguna boleh menambah sehingga tiga nombor telefon dan untuk mengaksesnya pengguna hanya perlu pergi ke bahagian menu disebelah tepi.



Selain itu, kemaskini Telegram 4.6 juga menawarkan ciri balasan pantas yang mana pengguna hanya perlu leret ke kiri mana-mana mesej dalam perbualan.



Sumber: Telegram