Aplikasi Spotify Lite Kini Ditawarkan Di Google Play Store

Sesuai bagi mereka yang ingin menjimatkan penggunaan data.


Spotify hari ini mengumumkan kehadiran versi ringan aplikasi penstriman muzik mereka, Spotify Lite. Ia merupakan versi aplikasi yang bersaiz lebih kecil, pantas dan lebih ringkas antaramukanya berbanding versi penuh aplikasi Spotify.



Malah sekiranya capaian rangkaian telefon pintar anda tiba-tiba menjadi perlahan sekalipun, muzik yang sedang di strim dari aplikasi ini akan terus dimainkan tanpa terputus rangkaiannya.

Tidak sekadar itu, pengguna juga diberi lebih kawalan ke atas limitasi penggunaan data menerusi ciri tetapan yang disediakan dalam aplikasi ini.

Aplikasi Spotify Lite sudah pun boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna telefon pintar Android (versi 4.3 atau terbaru) menerusi Google Play Store di 36 buah negara iaitu Brazil, Kanada, Mexico, Argentina, Peru, Chile, Colombia, Bolivia, Costa Rica, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras, Nicaragua, Panama, Paraguay, Uruguay, Arab Saudi, Mesir, Algeria, Lubnan, Maghribi, Tunisia, Oman, Jordan, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Afrika Selatan, Indonesia, Filipina, Vietnam, India dan Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=PUOTD-t0xKQ

Sumber: Spotify