Peningkatan jumlah pengguna baharu menjelang suku ketiga tahun 2022 itu sekaligus menunjukkan penerimaan masyarakat kepada penggunaan aplikasi ini telah berkembang.
Peningkatan itu juga adalah hasil daripada pelaksanaan kempen pemberian kredit percuma kepada pengguna baharu sepanjang Program Jelajah Selangor Penyayang anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

Program jelajah itu kini hanya berbaki dua sahaja lagi lokasi yang akan berlangsung pada Julai ini iaitu di Dataran Boulevard, Laman MBPJ Petaling Jaya (23 Julai 2022) dan di Padang Awam Batu Caves Gombak (31 Julai 2022).
SSDU menyatakan, pembayaran parkir kereta secara digital yang dilaksanakan sepenuhnya bermula 1 April 2022 lalu, bukan sahaja dapat memudahkan pengguna untuk bayar parkir kereta, tetapi turut mengurangkan jumlah penjimatan kertas sehingga hampir 150 kilogram.

Untuk pengetahuan anda, selain aplikasi Smart Selangor Parking, SSDU juga telah membina aplikasi Citizen E-Payment Platform (CEPat), sebuah platform pembayaran atas talian bagi perkhidmatan permohonan lesen, kompaun dan cukai taksiran di lapan PBT di Selangor.
Kedua-dua aplikasi ini boleh dimuat turun di Apple Appstore bagi pengguna peranti iOS dan juga Google Play Store bagi pengguna peranti Android.
Sumber: Media SSDU
Berkaitan
- 5 Aplikasi Suntingan Video Terbaik Untuk Peranti Android Di Hari Raya Ini
- Kecacatan Ciri Keselamatan macOS Menyebabkan Sebarang Kod Aplikasi Boleh Dijalankan Tanpa Kebenaran Pengguna
- Anda Kini Boleh Tempah EV Edaran Proton Ini Dari Aplikasi Telefon Pintar
- Guna Android? Ni Ada Lagi 21 Aplikasi Yang Penuh Dengan Perisian Hasad Telah Dibuang Dari Google Play Store
- 2 Aplikasi Android Ini Didapati Menyebabkan Isu Bateri Dan Peranti Terlebih Panas
- Anda Kini Boleh Mencuba Sendiri Windows 11 Terus Dari Aplikasi Pelayar
- Aplikasi Pintar Halal Dari Jakim Perlu Ditambah Baik
- Jangan Guna 7 Aplikasi Pemberi Pinjam Wang Tidak Berlesen
- Montana Negeri Pertama AS Yang Bakal Sekat Aplikasi TikTok
- Isu Tambang 'Bas Smart Selangor' Dikenakan Ke Atas Warga Asing Diperjelas