Aplikasi Semakan BR1M Diperkenalkan LHDN, Mudahkan Anda Semak Status Permohonan

Sebuah aplikasi khusus untuk membuat semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia hari ini.

Seiring dengan penggunaan telefon pintar yang semakin meluas dalam kalangan rakyat Malaysia, aplikasi Semakan BR1M dilihat dapat memudahkan pengguna dari segi semakan status permohonan serta bayaran.



Melaluinya, pemohon tidak perlu lagi hadir dan beratur panjang dikaunter perkhidmatan BR1M di seluruh negara.

Pengenalan aplikasi ini juga merupakan satu langkah daripada LHDN dalam memastikan pemohon memuat turun aplikasi tulen.

Semakan BR1M ditawarkan untuk dua platform telefon pintar, Android (muat turun) dan iOS (muat turun). Bagi pemohon boleh.