Aplikasi Sarahah- Jom Kenali Aplikasi Pemesejan Anonymous Yang Kian Meningkat Naik

Pernah tak dengar pasal aplikasi Sarahah? Sejenis aplikasi yang menjadi sebutan semenjak beberapa bulan yang lepas. Sarahah menjadi aplikasi percuma yang paling banyak dimuat turun di iOS App Store dan yang kedua di Google Play, mengalahkan aplikasi dari syarikat gergasi seperti Facebook, Youtube dan Netflix.

Pertama sekali, apakah itu aplikasi Sarahah?

Sarahah merupakan sejenis aplikasi pemesejan "anonymous" yang semakin popular. Sejurus pengguna mendaftar, anda boleh meletakkan pautan di mana-mana laman media sosial supaya rakan anda boleh menghantar mesej tanpa anda mengetahui siapa penghantarnya.



Penciptanya Zain al-Abidin Tawfiq memberitahu laman Mashable, dia pada mulanya hanya mahu memberi peluang kepada perkerja yang malu atau takut untuk bersuara dengan bos mereka. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk membawakan aplikasi ini kepada semua pengguna secara global.

Anda juga mungkin pernah dengar tentang aplikasi yang sama seperti ask.fm dan sayat.me. Aplikasi ini juga beroperasi dengan tujuan yang sama, kenalan anda di internet dapat menghantar mesej secara anonymous tanpa anda mengetahui siapa penghantarnya.



Cuma berbeza dengan Sarahah, anda tidak boleh memberi mesej balas kepada penghantar. Aplikasi seperti ini turut mendatangkan keraguan terutamanya golongan ibu-bapa yang khuatir dengan gejala cyberbullying terhadap anak muda khususnya.

Berkaitan