Selepas menamatkan sokongan pada macOS tahun lalu.
Aplikasi rasmi Twitter untuk pengguna macOS kini kembali ditawarkan di Mac App Store selepas ia ditarik keluar oleh Twitter pada Februari 2018 lalu dan meminta pengguna Mac menggunakan Twitter menerusi pelayar internet sahaja.
Walaubagaimanapun, dengan kehadiran projek Catalyst yang memudahkan pembangun peranti iOS menghasilkan juga aplikasi bagi macOS, aplikasi Twitter kini ditawarkan semula untuk pengguna macOS yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi Mac App Store.
Kehadiran semula splikasi Twitter untuk macOS antara aplikasi yang ditunggu oleh pengguna tegar Twitter yang sekaligus memudahkan mereka mengakses akaun Twitter mereka menerusi Mac.
Seblum ini, pilihan yang ada pada pengguna mac untuk mengakses Twitter adalah menerusi aplikasi pelayar internet atau aplikasi pihak ketiga yang berbayar dan percuma seperti TweetDeck, Twitterific 5 atau Tweetbot 2 for Twitter.
Berkaitan
- Twitter Melaporkan Mereka Bertindak Menutup Ribuan Akaun Palsu Di Seluruh Dunia
- Akaun Rasmi Twitter Huawei Brazil Digodam - Memaparkan Mesej Jelik Terhadap Apple
- Penggodam Veteran 'Mudge' Ketuai Bahagian Keselamatan Twitter
- Twitter Kelam Kabut, Pakar Keselamatan Saran Pengguna Padam DM Segera
- Pekerja Twitter Diarahkan Bekerja Di Pejabat Sekurang-Kurangnya 40 Jam Seminggu
- Twitter Menggantung Akaun BermanaTV
- Disebalik Laporan Peningkatan Perolehan dan Keuntungan Mereka, Twitter Terus Kehilangan Berjuta Pengguna Aktif
- Bermula November, Twitter Akan Menyekat Kesemua Iklan Berkaitan Politik
- Trafik Twitter Merudum, Threads Catat Peningkatan Harian Pengguna Aktif
- Twitter Berkata, Mereka Mungkin Telah Menggunakan Data Peribadi Penggunanya Untuk Pengiklanan Tanpa Kebenaran