PES 2020 Kini Ditawarkan Untuk Peranti iOS Dan Android

Pengguna peranti pintar boleh memuat turun PES 2020 secara percuma.


Jika anda adalah peminat permainan bola sepak dari KONAMI iaitu PES 2020, anda kini turut boleh memainkan permainan tersebut di peranti pintar anda.

Sebelum ini, permainan PES 2020 hanya ditawarkan di platfom komputer Windows 7 atau 10 dan konsol permainan PS4 atau XBOX ONE sahaja.

Secara rasminya, KONAMI mengumumkan aplikasi permainan PES 2020 untuk peranti Android dan iOS akan dilepaskan bermula 24 Oktober 2019 nanti.

Walaubagaimanapun, pihak KONAMI memberikan akses awal kepada para peminat permainan tersebut sejak 17 Oktober lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=AbJ0xFg2rBU

Aplikasi eFootball PES 2020 boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma dan menyokong peranti Android 5.0 dan ke atas serta peranti iOS (iPhone iPod touch atau iPad) yang menggunakan sistem iOS 10 atau terbaru.

Permainan ini boleh dimainkan secara atas talian tetapi tidak boleh dimainkan dalam rangkaian Wi-Fi yang sama. Selain itu, sepanjang tempoh akses awal ini juga, aplikasi ini masih dalam peringkat penambah baikan sebelum ia dilepaskan secara rasmi pada 24 Oktober nanti.

Jadi, pemain mungkin akan berdepan beberapa isu ketika memainkan aplikasi tersebut. Info lanjut tentang aplikasi eFootball PES 2020 ini boleh didapati di laman rasmi KONAMI.

Berkaitan