Samsung pernah perkenalkan ciri yang sama tapi tidak begitu popular dikalangan penggunanya.
Sebuah syarikat pembangun aplikasi bernama Hawkeye Labs Inc. telah membangunkan aplikasi yang membolehkan pengguna peranti iPhone atau iPad Pro mengawal peranti mereka itu dengan hanya pergerakan mata.
Aplikasi yang dikenali sebagai Hawkeye Access membolehkan pengguna mereka mengawal iPhone dengan arahan pergerakan mata termasuklah melayari laman sesawang dari pelayar dan turut berfungsi pada aplikasi pihak ketiga.
Sebagai contoh aplikasi Instagram, Youtube, Google, Twitter dan lain-lain Ia dapat dilakukan dengan adanya teknologi 'Apple’s TrueDepth camera'. Pembangunnya hampir setahun lalu pernah memuat naik video yang mendemostrasikan bagaimana aplikasi ini berfungsi.
https://www.youtube.com/watch?v=fLktElD6QfU
Sejak dari itu, aplikasi ini sudah ditambah baik dan kini sudah sedia ditawarkan kepada para pengguna peranti iOS secara percuma di App Store. Aplikasi ini memerlukan peranti yang menggunakan sistem operasi iOS 12 atau terbaru serta model iPhone dan iPad yang dilengkapi dengan teknologi TrueDepth camera (iPhone X, iPhone XR, iPhone XS/XS Max, iPad Pro 11 inci dan iPad Pro 21.9 inci).
Sumber: BGR
Berkaitan
- Saintis Temui 'Lautan' Besar' 700km Di Bawah Permukaan Bumi, Lebih Besar Daripada Semua Laut Di Permukaan
- iOS 15, iPadOS 15, watchOS 8 Dan tvOS 15 Akan Ditawarkan Pada 20 September Ini
- Pengguna iPhone Lebih Cermat Memandu Berbanding Pengguna Android - Kajian
- Beli Produk Kaspersky Serendah RM70 Dan Menangi iPhone 14, Galaxy S23
- iPad 2 Bakal Dikategorikan Sebagai Produk Vintaj & Usang
- Orang Kedah, Jom Pakat 'Bayaq' Zakat Fitrah Menerusi Aplikasi Zakat On Touch
- Projek Demonstrasi 5G Sedang Dijalankan Di 6 Buah Negeri Di Malaysia
- Kurang 18 Jam Untuk Anda Muat Turun 'Game' Termahal Yang Diberi Percuma Setakat Ini
- AMD Akan Melancarkan Cip Pemprosesan Ryzen Threadripper Generasi Ke-3
- Set Kepala Permainan Logitech G PRO X2 LIGHTSPEED Diperkenal, Dipacu PRO-G Graphene