Aplikasi Penuh Adobe Photoshop Bakal Hadir Ke Peranti Mudah Alih iOS Tahun Hadapan

Peranti iOS cukup sinonim dengan lambakan aplikasi esklusif yang tidak terdapat pada peranti yang menjalankan sistem operasi lain. Permainan video, pemain media mahupun pengeditan imej, kesemuanya lengkap di dalam kedai aplikasi mereka iaitu App Store.

Namun, terdapat juga beberapa aplikasi penting dan terkenal yang tidak menyokong sistem operasi mereka. Sebagai contoh, Adobe Photoshop tidak tersedia di dalam App Store walaupun ia merupakan antara aplikasi pengeditan gambar paling popular hari ini.



Bagaimapun, perkara itu dijangka berubah tidak lama lagi apabila Adobe mengesahkan mereka akan melancarkan aplikasi penuh berkenaan untuk peranti mudah alih iOS tahun hadapan. Mereka dilaporkan akan bermula dengan membawa aplikasi itu ke peranti iPad 2019.

Adobe sebenarnya telah lama bercadang untuk membawa aplikasi ini ke peranti keluaran Apple, iaitu sejak tahun 2012. Malah, Ketua Pegawai Produk bagi Adobe Creative Cloud, Scott Belsky telah mengesahkan bahawa mereka sedang dalam proses membangunkannya, ketika itu.

Sebelum ini, pengguna peranti mudah alih Apple hanya boleh mendapatkan aplikasi Photoshop Mix, Express dan Fix sahaja tanpa aplikasi lengkap. Dengan pengumuman ini, ia pasti akan memberi kelegaan untuk pengguna mereka terutama bagi mereka yang gemar mengedit gambar.

Sumber