Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Aplikasi Pelayar Vivaldi Mula Ditawarkan Kepada Pengguna Android

Posted on September 10, 2019

Masih dalam peringkat beta.

Vivaldi Technologies, syarikat pembangun yang bertanggungjawab membangunkan  aplikasi pelayar Vivaldi hari ini telah mula menawarkan versi pelayarnya kepada para pengguna peranti Android.

Sebelum ini, pelayar Vivaldi hanya ditawarkan kepada pengguna komputer sahaja. Antara ciri utama yang dimuatkan pada versi Android termasuk sokongan Speed Dial, ciri sync tab, Capture, Bookmarks manager dan banyak lagi.

Cuma buat masa ini, versi pelayar Vivaldi untuk Android ini masih dalam peringkat ujian (beta). Jadi, memang dijangka akan terdapat berlaku ketidak stabilan pada aplikasi tersebut.

Jika berminat, anda boleh mencubanya dengan memuat turun aplikasi Vivaldi dari Google Play Store.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress