Aplikasi Pelayar Opera Untuk Platform Android Kini Tersedia Dengan Ciri VPN

Ciri VPN pada pelayar Opera sudah tersedia sekian lama bagi platform komputer dan bagi platform mudah alih Android, versi beta telah diumumkan bulan lalu.



Kini, aplikasi pelayar tersebut yang diintegrasikan dengan ciri VPN sudah mula ditawarkan pada Google Play Store.

Sebelum ini, syarikat ada tersebut turut mempunyai aplikasi VPN secara berasingan tetapi ia telah ditamatkan pada tahun lalu.

Untuk mengaktifkannya, anda perlu mengemaskini aplikasi pelayar Opera kepada versi terkini. Buka aplikasi, tekan pada logo Opera, pergi ke bahagian Settings, dan aktifk ciri tersebut.

 

https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=pwAva30C4N8