Aplikasi Pelayar Opera 65 Menambah Baik 3 Ciri Utama

Penambah baikan pada bar alamat URL dan akses History serta Bookmarks.


Aplikasi pelayar Opera telah dinaik taraf kepada versi 65 hanya sebulan selepas versi Opera 64 dilepaskan dalam bulan Oktober lalu.

Jika pada versi Opera 64 lebih banyak penambah baikan terhadap prestasi dan privasi penggunanya, untuk versi 65 pula Opera Software menambah baik 3 ciri utama pelayar tersebut.

Paparan bar alamat URL 


Jika anda pengguna setia pelayar Opera, anda akan perasan papaparan pada bar alamat URL akan memaparkan tajuk sesebuah laman sesawang dahulu. Kemudian barulah hyperlinks laman sesawang tersebut.


Akses History dan Bookmarks


Penambah baikan seterusnya adalah terhadap capaian akses kepada History dan Bookmarks yang kini diasingkan. Malah ia dipaparkan dalam kotak khas yang akan kesemua History dan Bookmarks yang ada.

Jadi pengguna dapat menggunakan 2 pintasan tersebut dengan lebih baik berbanding sebelum ini.



Selain itu, ciri penghalang penjejak Opera juga turut ditambah baik di mana pengguna kini boleh melihat penjejak yang cuba mengikuti mereka.



Aplikasi pelayar Opera 65 sudah boleh dimuat turun atau dikemas kini oleh pengguna sistem operasi Windows, macOS dan Linux.