Aplikasi Pelayar Microsoft Edge Kini 13% Lebih Pantas

Sejak diperkenalkan pada awal tahun ini, pelayar Edge telah ditambah baik dari masa ke semasa oleh Microsoft.

Antara penambahbaikan utama yang dilakukan sebelum ini adalah peningkatan penjimatan penggunaan memori komputer sebanyak 27%.

"With the Windows 10 May 2020 Update, Microsoft Edge leveraged Windows segment heap memory improvements available for Win32 applications to manage memory more efficiently and reduce overall memory usage. Internal testing showed memory reductions of up to 27%." Windows.

Tidak berhenti setakat itu, Microsoft kini mendakwa pelayar Edge mereka kini adalah 13% lebih pantas dari versi Edge sebelumnya berdasarkan kepada hasil ujian tanda aras Speedometer 2.0.

Menurut Microsoft, pencapaian itu dicapai menerusi naik taraf pada Profile-Guided Optimizations (PGO) yang dibuat pada versi Microsoft Edge 81 Stable Channel dan diikuti dengan Link-Time Optimizations (LTO) dalam Microsoft Edge 83.

Jadi jika anda belum mencuba pelayar ini lagi, bolehlah mencubanya dengan memuat turun pelayar tersebut dari laman Microsoft.

Aplikasi Pelayar Microsoft Edge ditawarkan untuk sistem operasi Windows 10, Windows 8.1, Windows 8, Windows 7, macOS dan juga peranti iOS dan Android.

Berkaitan