Aplikasi Pelayar Google Chrome 76 Kini Dilengkapi Ciri ‘Lazy Loading’

Reading Time: 1 minute

Masih belum begitu stabil.

Jika anda pengguna aplikasi pelayar Google Chrome, anda kini sudah boleh mengemas kini pelayar tersebut kepada versi terkininya iaitu Chrome 76. Salah satu ciri terbaru yang dimuatkan dalam pelayar tersebut adalah diperkenalkan ciri ‘lazy loading‘.

Starting with Chrome 76, you’ll be able to use the new loading attribute to lazy-load resources without the need to write custom lazy-loading code or use a separate JavaScript library.Google.

Lazy loading adalah ciri yang melambatkan sesebuah imej dipaparkan pada sesebuah laman sesawang. Imej hanya akan dipaparkan apabila pengguna mula skrol hampir kepada imej tersebut, membesar atau mengecilkan paparan dan mengubah orientasi paparan.

Buat masa ini, belum ada butang dalam tetapan Chrome yang memudahkan pengguna mengaktifkan ciri tersebut. Sebaliknya pengguna perlu mengakses tetapan untuk mengaktifkan ciri lazy loading ini menerusi flags di dalam Chrome:-

  • chrome://flags/#enable-lazy-image-loading
  • chrome://flags/#enable-lazy-frame-loading

Walaubagaimanapun, selepas mengaktifkan lazy loading dan menguji sendiri ciri tersebut, efek lazy loading itu tidak begitu ketara atau hampir tidak kelihatan langsung.

Ini kerana menurut pembangun, kesan efek lazy loading itu bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz imej.

Pembangun Chrome menyatakan mereka akan menambah baik ciri lazy loading ini dari masa ke semasa pada kemas kini Google Chrome akan datang.

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *