Aplikasi One Hand Operation +, Mudahkan Navigasi Satu Tangan Pada Peranti Samsung Anda

Diawal pengenalan, telefon pintar hadir dengan butang navigasi fizikal, membolehkan kita bertukar-tukar paparan dan ke halaman utama peranti.

Selepas itu, muncul pula ciri butang navigasi maya pada skrin. Tidak terhenti disitu, navigasi mula menggunakan ciri sentuhan seperti sapuan sisi kanan skrin untuk berpatah balik dan sapuan dari bawah keatas untuk menuju ke laman utama.

Bagi memudahkan pemilik Samsung, pengeluar ini tampil dengan aplikasi One Hand Operation +.

Melaluinya, pengguna peranti Samsung boleh menyesuaikan ciri sentuhan mengikut cara penggunaan masing-masing.



Aplikasi One Hand Operation + ini sedia dimuat turun oleh pengguna telefon pintar Samsung dari Google Play Store.

Muat turun One Hand Operation +

Sumber: Android Police