Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi MySejahtera Dikemaskini, Notifikasi Akan Dihantar Kepada Pengguna Yang Positif Covid-19

Aplikasi MySejahtera Dikemaskini, Notifikasi Akan Dihantar Kepada Pengguna Yang Positif Covid-19

Diterbitkan Januari 16, 2021 oleh Helmi Samsuri

Sejak dilancarkan pada April tahun lalu, aplikasi MySejahtera telah mencapai 26.3 juta muat turun seluruh negara setakat 5 Januari yang lepas menurut Kosmo.

Kini, aplikasi yang dibangunkan bagi pengesanan kontak rapat bagi membendung penularan wabak itu telah dikemaskini dengan ciri penghantaran notifikasi dan berhubung terus dengan pihak KKM.

Menurut perkongsian dari Kementerian Kesihatan Malaysia, bermula 15 Januari, pengguna MySejahtera akan diberikan notifikasi melalui SMS dan Push Notification sebaik didaftarkan sebagai kes positif.

Selain itu, pengguna juga akan menerima khidmat nasihat dan pelan susulan penilaian kendiri serta peringatan setiap hari. Peringatan tersebut bertujuan untuk mengingatkan pengguna melakukan penilaian pemantauan gejala wabak terbabit dalam tempoh 10 hari berturut-turut.

Sekiranya pengguna bergejala, maklumat terbabit akan terus disalurkan ke Covid-19 Assessment Centre (CAC).

Dinyatakan juga, kemaskini itu membolehkan pengguna positif yang masih belum dihubungi petugas kesihatan KKM, melaporkan secara sendiri terus kepada KKM. Caranya adalah dengan menuju ke halaman utama HelpDesk MySejahtera dan menuruti langkah pada ruangan G.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY