Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Saifuddin Abdullah berkata, aplikasi MySejahtera boleh dijadikan sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) atau Super App yang menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu platform.
Sehingga kini, aplikasi MySejahtera telah membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam menguruskan maklumat jangkitan, pengawasan penularan wabak, sertapendaftaran suntikan vaksin secara waktu sebenar (real-time) dan terkini.
Berikutan itu, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan melipatgandakan penggunaan teknologi digital bagi merealisasikan aspirasi MyDIGITAL untuk manfaat semua lapisan masyarakat ke arah Revolusi Industri 4.0.
Sumber: KKMM
Berkaitan
- Tempahan Janji Temu Kesihatan Kini Boleh Dilakukan Melalui Aplikasi MySejahtera
- Log Masuk Aplikasi MySejahtera Kini Boleh Guna MyDigital ID
- MySejahtera Kini Dilengkapi Pasport Kesihatan Dengan Butiran Vaksinasi
- KKMM Kini Dijenama Semula Sebagai Kementerian Komunikasi Dan Digital
- Lebih 5 Juta Pendaftaran Telah Direkodkan Melalui MySejahtera
- Terlupa Kata Laluan Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Tetapkan Semula
- KKMM: Pelaksanaan JENDELA Berada Di Landasan Tepat Untuk Capai Sasaran
- Data Peribadi Pengguna MySejahtera Perlu Dihapuskan Selepas 6 Bulan PKP Tamat
- KKMM Tiada Cadangan Untuk Kenakan Bayaran Perkhidmatan Bagi Pembelian Dalam Talian
- KKMM Akan Siasat Isu Tular Berkaitan Akaun Twitter Rasmi MCMC