Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google message

Aplikasi Messages Bakal Tidak Lagi Boleh Digunakan Dalam Peranti Android Yang Tidak Disahkan Google

Diterbitkan Januari 23, 2021 oleh ariff bukhari

Salah satu aplikasi Google paling popular yang secara mandatori tersedia ada di dalam model telefon pintar Android, Google Messages dilaporkan akan tidak lagi boleh digunakan di dalam model telefon pintar Android yang tidak disahkan.

Sekatan aplikasi Messsages ke atas telefon pintar Android yang tidak disahkan itu dijangka akan bermula dalam bulan April nanti.

Ura-ura itu timbul selepas penemuan oleh laman XDA Developers dalam kod  aplikasi Messages versi 7.2.203 menyatakan sedemikian.

messages string
Sumber: XDA Developers

Telefon pintar Android yang tidak disahkan adalah terdiri daripada model-model telefon pintar yang dikeluarkan pengilang dengan melangkau atau gagal memperoleh pengesahan rasmi dari Google untuk ‘Google Mobile Services‘.

Telefon pintar ini kebiasaannya tidak tersedia dipasang dengan aplikasi-aplikasi mandatori dari Google.

Walaupun Google sebelum ini telah menyekat aplikasi-aplikasi mereka dari dipasang ke dalam telefon pintar Android yang tidak disahkan, tetapi aplikasi Messages masih terlepas dari sekatan tersebut yang menyebabkan pengguna boleh memasangnya sendiri.

Sumber: XDA Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY