Aplikasi Maybank2U Dikemaskini Dengan Ciri FaceID Dan VoiceID

Bulan Mac yang lalu melihatkan Maybank tampil dengan sebuah aplikasi perbankan dalam talian baru yang menyokong sistem pengimbasan cap jari.

Terkini, aplikasi tersebut menambah dua lagi ciri biometrik iaitu imbasan wajah serta pengecaman suara. Ini menjadikan Maybank sebagai bank pertama di Malaysia yang mempunyai ketiga-tiga sistem biotmetrik sebagai ciri pengesahan aplikasi.





Untuk mula menikmati ciri FaceID dan VoiceID tersebut, pengguna perlulah mengemaskini aplikasi kepada versi yang terkini. Syarat minimum untuk ia berfungsi adalah kamera hadapan sekurang-kurangnya dilengkapi dengan lensa 2MP dan mikrofon telefon yang berada dalam keadaan baik.

Kehadiran dua ciriĀ  pengesahan biometrik yang diperkenalkan ini dilihat dapat memberi peluang kepada golongan kurang upaya yang mungkin tidak mempunyai jari untuk mengakses melalui aplikasi TouchID.

Kemaskini Maybank2U: Android, iOS