Aplikasi Maybank Kini Hadir Dengan Fungsi Pembayaran Menggunakan kod QR

Aplikasi Maybank kini telah mengeluarkan kemaskini mengandungi fungsi baru iaitu bayaran melalui kod QR (Quick Response). Dikenali sebagai Maybank QRPay, ia ditawarkan pada dua platform telefon pintar, Android dan juga iOS.

Melalui fungsi terbabit, pengguna dapat melakukan transaksi tanpa tunai di kedai-kedai yang mempunyai sokongan kemudahan tersebut. Cara pembayaran adalah semudah mengimbas kod QR yang disediakan kedai.



Sedikit berbeza dari platform pembayaran tanpa tunai yang lain adalah ia tidak memerlukan tambah nilai, segala pembayaran dicas terus dari akaun Maybank anda. Untuk menggunakannya, anda perlu menetapkan akaun Maybank dan had perbelanjaan.

Buat masa sekarang, masih belum diumumkan lagi tentang kedai mana yang akan menawarkan sokongan keatas sistem ini. Difahamkan ia akan dilancarkan pada awal 2018 nanti.